Lesen Buta Huruf

Bagi ahli keluarga atau kawan-kawan yang buta huruf, mereka boleh mengikut KPP khas dan Ujian Lisan untuk Bahagian I (Undang-undang). Pemohon mestilah warganegara Malaysia. Sebelum mengikut kursus, seseorang itu perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPJ untuk mengikut Ujian Lisan. Berikut merupakan prosedurnya:

  1. Datang ke IM untuk mendapatkan borang pemohonan buta huruf atau muat turun dari sini.
  2. Isikan 2 borang sendiri atau wakil (jika wakil yang isi, perlu isikan maklumat wakil) dan disahkan oleh Penghulu/ Guru Besar/ Pengetua Sekolah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Wakil Rakyat/ Jaksa Pendamai atau Ketua Masyarakat bagi Sabah dan Sarawak.
  3. Hantarkan borang ke JPJ dan mendapatkan tarikh temuduga.
  4. Hantarkan surat kelulusan ke pihak IM dan membuat pendaftaran untuk kursus KPP Khas.

4 comments:

  1. suami saya tak baca dan tiada kad oku boleh ambil ujian lesen bagiamana ya

    ReplyDelete
  2. suami sya mahu ambil lesen tapi tak tahu baca dan tiada kad oku..bagaimana nak ambil ujian ya

    ReplyDelete
  3. Kak sy mahu ambil lesen tapi kak sy tak tahu baca bagaimana kak nak ambil ujian

    ReplyDelete
  4. Mama saya nak ambil lesen tapi bagaimna dia ambil ujian ini..

    ReplyDelete