Lesen OKU


Seorang yang kurang upaya boleh memohon untuk ambil lesen OKU. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada pegawai kesihatan untuk menentukan tahap kelayakkan ambil lesen, sama ada boleh menggunakan kenderaan biasa atau kenderaan yang perlu diubahsuai.

  • Borang Pemeriksaan Kesihatan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) boleh di muat turun dari sini.

Syarat- syarat lesen OKU:
  • Memiliki Kad OKU
  • Laporan pemeriksaan Pegawai Perubatan mengesahkan layak mendapatkan lesen memandu dan 
  • Menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal (sekiranya disahkan ambil lesen dengan keperluan pengubahsuaian kenderaan).
  • Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU (sekiranya disahkan ambil lesen dengan keperluan pengubahsuaian kenderaan).

2 comments:

  1. Laporan kesihatan oku cuma boleh dibuat di hospital kerajaan sahaja ke?

    ReplyDelete