Lesen Lembam

Lembam atau slow learner bermaksud seseorang itu mengalami masalah dalam pembelajaran. Sekiranya seseorang itu lembam, dia boleh memohon untuk mengikuti kursus KPP Khas dan menduduki Ujian Lisan untuk Bahagian I (Undang-undang).  Pemohon mestilah warganegara Malaysia. Sebelum mengikut kursus, seseorang itu perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPJ untuk mengikut Ujian Lisan. Berikut merupakan prosedurnya:
  1. Datang ke IM untuk mendapatkan borang pemohonan buta huruf atau muat turun dari sini.
  2. Bagi pemohonan ke bahagian Kapit, terdapat dokumen tambahan yang perlu dikemukakan, sila muat turun dari sini.
  3. Borang tersebut harus diisi dan disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  4. Bagi pemohon yang lembam (slow learner/ pemegang kad OKU masalah pembelajaran) hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada pengamal perubatan dalam bidang berkenaan bagi mengesahkan calon berkenaan mampu menduduki ujian teori dan amali memandu dan layak memandu.
  5. Hantarkan borang ke JPJ dan mendapatkan surat kelulusan menduduki Ujian Lisan.
  6. Hantarkan surat kelulusan ke pihak IM dan membuat pendaftaran untuk kursus KPP Khas.

Ujian Bertulis gagal lebih daripada 3 kali. 
Sekiranya seseorang calon telah menghadiri kursus KPP dan menduduki Ujian Bertulis dan gagal lebih daripada 3 kali, dia juga boleh memohon untuk teruskan dengan Ujian Lisan. Sebelum tempahan ujian Lisan, prosedur juga adalah seperti di atas dengan dikecualikan kursus KPP khas. 

No comments:

Post a Comment