Soalan Lazim (Q & A)


  1. Tahun ini saya umur 16 tahun, tapi saya belum lagi sampai hari jadi, boleh saya daftar untuk ambil lesen motorsikal?
  2. Saya sudah ada lesen motorsikal/kereta, perlukah saya ambil ujian undang-undang (Bahagian I) lagi untuk tambah kelas lesen  kereta/motorsikal?
  3. Saya sudah pandai memandu, bolehkah saya ambil terus lesen tanpa belajar?
  4. Saya seorang pelajar/pekerja, bolehkah saya belajar dengan mengikut   jadual saya sendiri?
  5. Lesen L saya sudah lama tamat tempoh (luput), apa yang perlu saya buat?
  6. Saya mempunyai lesen P, tapi telah tamat tempoh, apa yang perlu saya buat?
  7. Saya ada lesen CDL sebelum ini, tapi sudah lama tidak membuat pembaharuan, dapat lagi saya membuat pembaharuan?
  8. Lesen CDL saya sudah expired dan lama tidak membuat pembaharuan. Saya ada B2, D dan E sebelum ini, bolehkah saya ujian satu kali dan sekali gus ambil semua kelas lesen?
  9. Saya bukan warganegara Malaysia, bolehkah saya ambil lesen di Institut Memandu?
  10. Saya sudah ada Lesen P untuk kereta, bolehkah saya memohon untuk ambil lesen E (Lorry)
  11. Dahulu saya pernah ada GDL, tapi sudah lama tamat tempoh (expired), boleh saya renew lagi?
  12. Saya sudah ada GDL-D (3 tons), boleh saya tambah kelas untuk mendapat GDL-E(10 tons)?
  13. Saya ingin mendapat lesen trailer, apa yang perlu saya buat?
  14. Lesen memandu sangat mahal, saya tidak mampu bayar sekali gus, ada cara pembayaran mudah?
  15. Saya sedang dalam proses mengambil lesen, bolehkah saya memohon pindah ke/dari IM anda?
  16. Saya akan pergi ke universiti untuk belajar tidak lama lagi, saya ingin ambil lesen di tempatan sendiri tapi cuti saya tidak panjang, dapatkah saya ambil lesen?


Q1.   Tahun ini saya umur 16 tahun, tapi saya belum lagi sampai hari jadi, boleh saya daftar untuk  ambil lesen motorsikal?
A:  Anda boleh daftarkan diri dahulu, tetapi kursus pertama hanya boleh diikuti selepas hari jadi anda.

Q2.  Saya sudah ada lesen motorsikal/kereta, perlukah saya ambil ujian undang-undang (Bahagian I) lagi untuk tambah kelas lesen  kereta/motorsikal?
 A:   Ya, perlu. Selepas perlaksanaan KPP Baharu pada Julai 2014, lesen kereta dan lesen motorsikal adalah dua kategori yang berlainan. Oleh itu, seseorang ingin mengambil kedua-dua kelas lesen memandu perlu mengikuti dua kali kursus KPP dan dua kali ujian. Namun, seseorang itu juga boleh pilih untuk menjawab soalan gabungan, 70 soalan sekali gus selepas menghadiri kursus-kursus berkenaan.

Q3.   Saya sudah pandai memandu, bolehkah saya ambil terus lesen tanpa belajar?
A:   Tidak boleh. Anda masih perlu mengikuti semua prosedur yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Dokumen pembelajaran masih perlu disahkan oleh seorang cikgu yang berkelayakan dan dia akan memastikan cara pemanduan anda adalah betul dan selamat.

Q4. Saya seorang pelajar/pekerja, bolehkah saya belajar dengan mengikut jadual saya  sendiri?
A:    Boleh. Anda boleh mengatur masa dengan cikgu yang mengajar anda. Litar kami berbuka setiap hari termasuk hari cuti umum.

Q5.   Lesen L saya sudah lama tamat tempoh (luput), apa yang perlu saya buat?
A:   Sekiranya Lesen L anda melebihi 2 tahun daripada tarikh dikeluarkan, anda perlu mengikut prosedur semula dari awal, iaitu kursus dan ujian undang-undang. Sebaliknya, sekiranya Lesen L anda masih dalam tempoh 2 tahun, anda boleh membuat pembaharuan di pejabat JPJ atau pejabat pos yang terdekat.

Q6.   Saya mempunyai lesen P, tapi telah tamat tempoh, apa yang perlu saya buat?
A:     Lesen P boleh ditukarkan ke Lesen CDL dalam tempoh 1 tahun, tanpa menduduki apa-apa ujian. Sekiranya anda tidak membuat pemohonan ini dan melebihi 1 tahun anda perlu lagi menghadiri ujian praktikal dengan membuat rayuan. 

Q7.   Saya ada lesen CDL sebelum ini, tapi sudah lama tidak membuat pembaharuan, dapat lagi saya membuat pembaharuan?
A:   Anda hanya dapat membuat pembaharuan dalam tempoh 3 tahun selepas tarikh tamat lesen CDL. Selepas 3 tahun, anda boleh membuat rayuan untuk menduduki semula ujian praktikal (Bahagian II dan III).

Q8.   Saya bukan warganegara Malaysia, bolehkah saya ambil lesen di Institut Memandu?
A:    Ya, pastikan passport anda masih mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnnya 6 bulan dan hanya boleh ambil ujian berkomputer (bukan ujian bertulis) untuk Bahagian I.

Q9.   Lesen CDL saya sudah expired dan lama tidak membuat pembaharuan. Saya ada B2, D dan E sebelum ini, bolehkah saya ujian satu kali dan sekali gus ambil semua kelas lesen?
A:    Tidak boleh. Pemohoan rayuan boleh dibuat satu kali sahaja, namun, ujian praktikal perlu dibuat mengikut setiap kelas lesen yang diingin ditambah. 

Q10.  Saya sudah ada Lesen P untuk kereta, bolehkah saya memohon untuk ambil lesen E (Lorry)?
A:     Tidak boleh. Anda hanya boleh ambil lesen E selepas anda mendapat lesen CDL.
Q11. Dahulu saya pernah ada GDL, tapi sudah lama tamat tempoh (expired), boleh saya renew lagi?
 A:  Boleh. Anda boleh buat rayuan dan anda hanya perlu menghadiri sekali lagi kursus tanpa ujian teori.  
   

Q12. Saya sudah ada GDL-D (3 tons), boleh saya tambah kelas untuk mendapat GDL-E(10 tons)?

A:     Boleh. Anda perlu ambil lesen E (lorry) terlebih dahulu dan selepas itu hanya perlu hadir kursus GDL sahaja untuk tambah ke kelas GDL-E, tanpa ujian teori.

Q13.  Saya ingin mendapat lesen trailer, apa yang perlu saya buat?

 A:     Anda perlu mempunyai Lesen E (lorry) dahulu, dan selepas itu ambil kursus Lesen GDL-Trailer.
Q14. Lesen memandu sangat mahal, saya tidak mampu bayar sekali gus, ada cara pembayaran mudah?
A:     Ada. Kalau bayar cash, kami telah menyediakan pembayaran secara berperingkat. Anda hanya perlu membayar sebelum memulakan peringkat tertentu, dan habiskan semua peringkat dalam tempoh 2 tahun (Lesen L hanya sah untuk 2 tahun).  Kini, kami juga menyediakan pembayaran secara beransur-ansur. Sila tekan sini, untuk mengetahui pakej loan dengan lebih lanjut.

Q15. Saya sedang dalam proses mengambil lesen, bolehkah saya memohon pindah ke/dari IM anda?
A:      Boleh, tetapi anda mungkin akan dikenakan caj perkhidmatan.

Q16. Saya akan pergi ke universiti untuk belajar tidak lama lagi, saya ingin ambil lesen di                   tempatan sendiri tapi cuti saya tidak panjang, dapatkah saya ambil lesen?
A:     Dapat. Cadangan pihak kami adalah anda boleh mengambil lesen ikut peringkat. Sila hubungi kami sebulan sebelum anda balik kampung untuk lebih baik mengatur masa pembelajaran anda atau ujian.