Mengenai Kami- IMNCB


PENGENALAN 

NB Group telah berusaha dalam industri automobil sejak tahun 1970an. Dengan sejarah dan pengalaman selama 45 tahun, perniagaan ini telah berkeluasan ke seluruh Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah industri pasaran motosikal dan kereta, alat-alat ganti, pengendalian lelong, servis, kenderaan perdagangan dan mesin-mesin berat. Untuk menyahut seruan kerajaan iaitu melahirkan pemandu berhemat yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui pendidikan dan latihan, IMNCB dengan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPJ dan bangganya kini mengusahakan tiga buah institut memandu. Ini termasuklah Institut Memandu N.B Motors Sdn Bhd di Kota Samarahan di bawah pimpinan Encik William Ngu Ung Wei yang mula beroperasi pada akhir 2012, Institut Memandu Ngu Chung Beng & Sons Sdn Bhd.di Kapit yang dijangka akan beroperasi pada akhir tahun 2013 dan bersama Institut Memandu Ngu chung Beng & Sons Sdn Bhd di Sibu ini adalah di bawah pimpinan Encik Peter Ngu Ung Yong. 


Institut-institut memandu ini berlokasi di atas tanah yang melebihi tujuh ekar untuk bukan sahaja memenuhi ketetapan minima lima ekar akan tetapi bersedia untuk perkembangan dan keperluan pada masa yang akan datang. Institut-institut ini mempunyai litar dan bangunan yang memenuhi ketetapan, dirancang rapi dan berperlengkapan sempurna. Alat-alat dan kenderaan yang kebanyakannya baru dan terjaga juga dibekalkan. Dengan kerjasama pengajar-pengajar yang berkualifikasi tinggi, berpengalaman serta berpengetahuan terkini, calon-calon boleh mendapatkan latihan dan ujian untuk semua jenis dan kelas lesen pengangkutan jalan yang terdapat di Malaysia. Ini termasuklah lesen motosikal berkeupayaan enjin yang tidak terhad, motokar, lori, vokasional dan sebagainya. 



MISI 
Melahirkan pemandu yang berhemat dan berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif dalam pemanduan selamat. 

VISI 
Memberi pendidikan dan latihan yang terkini secara profesional untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin, bersikap positif dan menyayangi nyawa sendiri serta pengguna jalan raya lain semasa berada di jalan raya. 

OBJEKTIF
• Menyampaikan pengetahuan peraturan-peraturan lalulintas jalan raya kepada semua pengguna jalan raya khususnya bakal-bakal pemandu yang baru. 
• Melahirkan pemandu-pemandu yang berhemat dan beretika semasa menggunakan jalan raya. 
• Menanam nilai-nilai murni seperti mengenal erti kesabaran ke dalam diri bakal-bakal pemandu. 
• Melahirkan pemandu yang sentiasa bersedia dan bijak membuat keputusan semasa menghadapi          kesukaran di jalan raya. 
• Menyemai rasa tanggungjawab dalam diri bakal-bakal pemandu supaya kadar kemalangan yang          berpunca dari sikap para pemandu dapat dikurangkan. 

MOTTO 
Lahirkan Pemandu Berhemah dan Selamat 


SLOGAN 
Your Safety We Care